TAK PERNAH KHATAM AL-QURAN – SUFI BERAZAM MENGAJI LEBIH LANCAR, BERJAYA KUASAI

“Saya fikir sampai bila tak pandai membaca dan mengaji Al-Quran. Itu yang terbuka hati nak belajar semula. Apa lagi 28 januari depan umur sudah 30 tahun.

“Jadi sejak sebulan lalu saya ambil inisiatif mengikuti kelas dalam talian bersama Ustaz Iman pada setiap selasa selepas maghrib selama 15 minit. Kemudian TV Al-Hijrah pelawa untuk terbabit dalam program mereka.

“Jadi ada tambahan ustaz untuk mengajar selama sejam,” ujar penyanyi kelahiran Singapura dan bekas juara program Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid yang mengakui dia tidak pernah berpeluang untuk khatam Al-Quran dan kini sedang dalam proses belajar membaca ayat-ayat suci tersebut.

Sufi, 29, mendedahkan dia kini sedang mempelajari Iqra’ satu dan turut mengikuti program Kelas Ngaji Talaqqi (TNT) secara dalam talian anjuran stesen TV Al-Hijrah dengan kerjasama Akademi Sinergi Ikhlas Sdn. Bhd. pada setiap hari Rabu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Mengambil inisiatif sendiri untuk mempelajari Al-Quran, Sufi menjelaskan dia pernah memasuki madrasah untuk tujuan itu namun tidak sempat khatam dan terus berhenti.

Tidak malu untuk mengakui bahawa dirinya langsung tiada pengetahuan mengenai ayat-ayat suci Al-Quran, Sufi meletakkan azam 2021 supaya dapat belajar mengaji dengan lebih lancar dan berjaya khatam naskah suci itu.

“Bagi saya biarlah malu asalkan dapat ilmu. Alhamdullilah, apabila saya berkongsi di media sosial ramai mesej DM bertanya dan minta motivasi..,” kata Sufi.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply