TERINGIN BERLAKON – HAQIEM RUSLI ENGGAN BERSENTUHAN DENGAN PELAKON WANITA

“elain menyanyi, saya sebenarnya teringin nak berlakon filem. Cuma, belum diberikan lagi peluang itu. Keinginan (berlakon) ini tercetus selepas berborak dengan Datuk Rosyam Nor selepas persembahan kami di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang lalu.

“Mendengar sendiri pengalaman beliau, membuatkan saya mahu berlakon pula. Saya mahu tunjukkan sisi berbeza diri yang bukan sekadar seorang penyanyi sahaja.

“Bagaimanapun, sekiranya membabitkan babak seperti berpegangan tangan dengan pelakon wanita, saya takkan buat. Saya akan berjuang untuk perkara itu disebabkan mahu mengekalkan prinsip diri saya,” demikian tutur penyanyi dan komposer Haqiem Rusli.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Ramai penyanyi sebayanya terjun ke dalam bidang lakonan, Haqiem menyatakan hasrat teringin untuk berlakon namun mempunyai prinsip tidak akan bersentuhan dengan pelakon wanita.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli berkata, dia sedia untuk mempertahankan prinsipnya itu jika berdepan dengan situasi sebegitu apabila sudah terbabit dalam lakonan kelak.

Menurut Haqiem, keinginan untuk berlakon tercetus selepas berborak dengan Datuk Rosyam Nor dan mahu mencuba sesuatu yang berbeza selain menyanyi sahaja.

Image_3.jpg

Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Lembah Kesepian’ itu mendedahkan dia ada menghubungi pengarah, Syamsul Yusof berkenaan peluang untuk berlakon. Ujarnya dia memilih Syamsul kerana sangat suka dengan hasil karya pengarah itu.

“Seperti baru-baru ini, saya ada hubungi Syamsul untuk menawarkan diri berlakon dalam nada bergurau. Mana tahu, hajat saya kesampaian. Syamsul pun kata nak bagi peluang, tapi tak pastilah jika dia sebenarnya serius. Namun, saya memang nak.

“Saya pilih Syamsul kerana memang suka dengan filem-filemnya dan berhasrat juga nak bekerja dengan dia. Bagi saya, dia sangat santai dan senang berborak berbanding takut pula jika berbual dengan pengarah lain yang lebih senior,” katanya.

Leave a Reply