Tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan di Brunei 15 hari berturut-turut

23/12/2020 07:03 PM

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Dis — Brunei pada Rabu melaporkan tiada kes baharu COVID-19, dengan kes keseluruhan sebanyak 152, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut Kementerian Kesihatan Brunei, tiada kes aktif di negara ini dan jumlah kes pulih kekal pada 149.

Ia menandakan hari ke-15 berturut-turut tanpa kes baharu sejak 8 Disember.

Sebanyak 11 kes import dilaporkan sejak kes jangkitan tempatan terakhir dicatatkan pada 6 Mei.

Ketika ini, Brunei mencatatkan 231 hari tanpa kes jangkitan tempatan.

Sementara itu, 734 individu tiba dari luar negara sedang menjalani kuarantin wajib di pusat pemantauan disediakan kerajaan.

Tiga kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Brunei.

–BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *