Bank Dunia: Ekonomi China pulih lebih cepat berbanding jangkaan

Hebahkan !!!

24/12/2020 04:01 PM

BEIJING, 24 Dis — Pemulihan ekonomi China dilihat lebih cepat berbanding jangkaan berikutan usaha efisien dalam pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 serta disokong pelbagai dasar yang digubal di negara ini.

Menurut laporan Bank Dunia bertajuk “Daripada Pemulihan Kepada Keseimbangan Semula: Ekonomi China 2021 ” dikeluarkan di Beijing pada Rabu, pertumbuhan ekonomi China diunjur sebanyak dua peratus pada 2020 dan meningkat kepada 7.9 peratus pada 2021.

Untuk rekod, di sebalik situasi pandemik COVID-19 masih melanda seluruh dunia, China muncul entiti tunggal yang ekonominya menyaksikan pertumbuhan positif.

Dalam perkembangan lain, menurut Mesyuarat Kerja Ekonomi Kerajaan Pusat China diadakan baru-baru ini, asas pemulihan ekonomi negara ini masih belum kukuh sepenuhnya susulan banyak faktor tidak menentu dalam dan luar negeri.

Sehubungan itu, Pengarah Negara Bank Dunia ke China, Martin Raiser menyarankan sokongan kewangan perlu ditarik balik secara berperingkat dan sebaliknya beralih daripada kemudahan infrastruktur kepada peningkatan perbelanjaan sosial, serta melabur dalam sektor projek hijau.

Leave a Reply

%d bloggers like this: