BERSALIN PERTENGAHAN JANUARI 2021 – MAWAR SUDAH BUKA AKAUN IG UNTUK ANAK

Pelakon Mawar Rashid yang melalui proses kehamilan dalam tempoh pandemik Covid-19 itu bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Isteri kepada pelakon Raf Yaakob itu berkata dia perlu berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

Menurut Mawar, pengalaman kali ini berbeza berbanding ketika hamil anak pertama: “Kalau berbicara mengenai proses kehamilan dan persediaan untuk kandungan kali ini, tentunya ada banyak perbezaan yang saya sendiri rasai.

“Disebabkan pandemik ini, saya tak banyak berada di luar. Kalau nak beli barang keperluan pun, saya akan senaraikan apa yang diperlukan dan sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard (SOP),” tuturnya.



Dijangka bakal melahirkan cahaya mata perempuan pada pertengahan Januari 2021, Mawar berkata dia dan suaminya sentiasa mengelakkan melakukan aktiviti berisiko tinggi serta hanya keluar bila perlu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia sudah melakukan semua persediaan, malah turut membuka akaun Instagram khas untuk puterinya itu. Ujarnya, dia mahu semua kenangan indah tentang anaknya disimpan di media sosial itu.



“Sebelum ini, Rafael pun ada akaun Instagram sendiri. Jadi, untuk anak yang ini pun saya dah buka akaun Instagram khas. Kalau boleh, biarlah memori itu terpahat di platform berkenaan buat tatapan kami.

“Bukan apa, saya nak jadikannya sebagai tempat untuk kami tinggalkan memori bersama. Kalau dahulu, gambar-gambar dicetak dan disimpan dalam album. Jadi, sekarang kita simpan di dalam media sosial seperti Instagram,” katanya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg



HAMIL 8 BULAN – MAWAR RASHID BAKAL TIMANG BABY GIRL, LENGKAP SEPASANG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button