CICO BUKAN DISIHIR TETAPI DIRACUN – UJI RASHID BUKA CERITA SELEPAS 3 TAHUN

“Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi cerita dan desas- desus mengenai keadaan anak saya. Sebenarnya Cico bukanlah disihir tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya.

“Racun yang diberi itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam, tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini,” tutur biduanita Uji Rashid, yang akhirnya membuat pendedahan ekslusif mengenai kisah malang yang menimpa pelakon Cico Harahap, 41, selepas kira-kira tiga tahun menyimpan rahsia penyakit misteri yang dihadapi anaknya itu.

Menerusi program Telekung Talk yang merungkai topik Jawapan atau Ujian? yang bersiaran selama 1 jam di platform Facebook rasmi Muhayya Momentum dan serentak di akaun peribadi Datuk Dr Prof Muhaya jam 5 petang semalam (Khamis), bintang yang sinonim dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu mengesahkan bahawa Cico bukanlah disihir.

Sebaliknya, Uji mendakwa Cico telah diracun oleh sekumpulan kawan ketika menghadiri sebuah majlis hari jadi tidak lama dulu. Tambah Uji lagi, melalui cerita yang disampaikan kepadanya, Cico dikatakan rebah sebaik minum minuman itu dan ditinggalkan tanpa bantuan dan hingga kini, beliau tidak tahu siapa yang menghantar anaknya pulang ke rumah.



“Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit di atas katil. Masa itu saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT.

“Satu hari Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri. Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saya difahamkan racun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik,” katanya.



Sepanjang tiga tahun mengharapkan agar Cico segera sembuh, banyak perkara memilukan terjadi. Antaranya, Cico tidak lagi mampu bekerja dan Uji sendiri terpaksa menolak tawaran menyanyi kerana terpaksa menjaga anaknya itu.

“Hidup kami memang susah, hanya SWT sahaja yang tahu. Saya, Cico dan cucu, Rindu, pernah dihalau dari rumah sewa dalam keadaan sehelai sepinggang. Kami terpaksa menginap di hotel bajet selama berbulan-bulan.

“Namun ada seorang peminat yang baik hati memberi kami tempat berteduh. Bagaimanapun tahun lalu, atas bantuan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kami ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya.

Meski dugaan yang menimpanya tidak tertanggung, namun beliau percaya berkat menjaga arwah ibunya, ia banyak membantunya menghadapi saat sukar ini.

Sementara itu, Datuk Dr Prof Muhaya yang juga kelihatan sebak mendengar cerita Uji, merungkai topik “jawapan atau ujian” agar orang ramai sentiasa positif dalam mengharungi dugaan hidup.

Image_3.jpg

“Perkongsian dari seorang ahli sufi, pesanan daripada sorang wali Allah SWT, meminta kita melakukan dua perkara di mana setiap hari kita perlu membaca dan berkaca. Membaca maksudnya di sini melihat keluar kehidupan orang lain. Satu lagi berkaca, di mana ahli sufi mengatakan seorang mukmin itu cerminan kepada mukmin yang lain.

“Kita membaca melihat kehidupan orang lain dan berkaca melihat diri sendiri yang kita panggil introspeksi diri. Apabila kita ada masalah banyak orang akan membaca. Saya jadi macam begini sebab orang ini atau kita panggil mangsa kehidupan.

“Dari segi saintifiknya siapa berada dalam keadaan ini, mereka berada zon sengsara. Cara untuk kita naik ke zon yang atas, kita haruslah berkaca diri di mana kita menerima ujian ini kerana takdir Allah SWT yang sudah tertulis di dalam Luh Mahfuz.

“Kita diberi dua kelebihan boleh melihat dengan mata nafsu dan mata hati. Jika dengan mata nafsu, kita akan merungut dan menyalahkan keadaan. Mata hati pula MasyaAllah, kita berdoa bagaimana ujian ini membuatkan kita lebih dekat pada Allah SWT dan berakhlak baik kepadaNya,” ujarnya.

Prof Muhaya menambah, apabila seseorang melangkah momen taubat, bersyukur, sabar, redha, mereka telah mencapai tahap lebih tinggi. Maka masa itu kita dapat mempertingkatkan garis sengsara kepada biasa, seterusnya produktif kepada luar biasa.

“Justeru itu bagi sesiapa yang menghadapi apa sahaja masalah anda perlu mengatasinya dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker