Daging Yang dimanipulasi status Halal- Rafizi Pikul Beban Dosa Berjuta Umat Islam



Isu kartel daging haram yang telah ditukar menjadi halal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab  adalah sesuatu yang amat membimbangkan masyarakat yang beragama Islam.

Hal ini, isu kartel import ini telah menjadi isu yang paling besar dimana terdapatnya isu rasuah untuk menyeludup daging sejuk beku dengan memalsukan dokumen serta logo halal untuk pasaran di negara ini untuk mendapatkan keuntungan yang besar.

Kerajaan  seharusnya memandang serius hal ini, dan bukan hanya memberikan kenyataan kenyataan tanpa ada tindakan yang drastic terhadap pengimport darging yang terlibat. Satu bentuk sisasatan semestinya dilakukan  secara meyeluruh.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga bertanggung jawab sepenuhnya dalam memastikan syarikat yang tidak bertanggung jawab dibawa ke muka pengadilan.



Mengapa ini berlaku sekarang? Ianya berpunca apabila kerajaan mula menubuhkan National Feedload (NFC) bagi menampung keperluan daging segar tempatan yang halal untuk pasaran umat Islam dalam Negara ini.

Sebagai makluman, Status halal daging-daging yang berada di Malaysia merupakan salah satu penanda untuk umat Islam dalam Negara ini. Ini merupakan setu bentuk kepercayaan dari segi kepatuhan hokum syarak sebagai mana yang telah ditetapkan oleh JAKIM.

Penubuhan NFC telah menjadi salah satu ancaman besar terhadap kartel pengimport daging yang mana  beranggapan kewjudan NFC akan menjejaskan perniagaan yang mereka jalankan.

Bermula dari itu, maka berlakulah pelbagai bentuk siasatan terhadap NFC dilakukan serta pihak tertentu telah menggunakan khidmat Rafizi Ramli untuk membongkar dan menentang projek NFC dengan pelbagai bentuk dan cara.



Rafizi, antara ahli pembangkang paling lantang terhadap pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak  didakwa mendedahkan penyata akaun bank itu kepada perunding media, Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012. dan didapati bersalah dalam akta Bafia tetapi dibebaskan.

Kes NFC telah membawa kepada gesaan pengisytiharan harta dan pada tahun yang sama pengerusi lembaga penasihat panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Zaitun Zawiyah Puteh telah meminta ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet diwajibkan  mengisytihar harta dan aset mereka kepada suruhanjaya itu.

Akhirnya, NFC telah dilumpuhkan sepenuhnya,  sekali gus telah membuka ruang dah peluang semula kepada pengimport daging. Rakyat sedia maklum bahawa pengimport daging yang membawa masuk daging dari luar Negara kebanyakannya tidak mempunyai status halal.

Sejak runtuhnya NFC, masyarakat Islam dalam Negara ini hanya bergantung kepada pengeluaran daging tempatan sahaja dan beberapa buah Negara yang diiktiraf oleh JAKIM dan memenuhi hukum syarak.



Kekurangan bekalan daging telah menyebabkan masyarakat Islam beralih kepada daging import yang selama ini sebahagian besarnya dalam lingkaran penipuan status halal dan rata rata umat islam tidak perasan hal ini berlaku. Logo halal yang palsu digunakan untuk menipu umat islam.

Amat meyedihkan apabila tersebarnya maklumat bahawa  dikalangan yang  bersubahat dalam hal ini adalah beberapa pegawai dalam agensi-agensi kerajaan untuk membawa daging-daging ke dalam negara kononnya sebagai daging yang berstatus halal.

Melalui  laporan-laporan yang telah dikeluarkan dilaman media. antara daging-daging yang Dilaporkan bahawa daging-daging yang dibawa masuk adalah haiwan yang berpenyakit atau daging yang berkualiti rendah malah daging kangaru dan kuda, yang dijual sebagai daging yang berstatus halal.

Persoalannya sekarang, sudah berapa lamakah umat islam dalam Negara ini memakan daging “haram” yang dimanipulasikan statusnya.  Semua ini berpunca apabila kepentingan politik diletakkan diatas tanpa memikirkan akibatnya.



Rafizi langsung tidak memikirkan hal ini, dia tidak mempedulikan dosa pahala dan apakah dia tahu bahawa kesan dari tindakannya dalam meruntuhkan NFC  telah menyebabkan berjuta umat Islam memakan daging haram.

Perkara yang penting baginya ialah, menghasut, politik dan penipuan. Jadi tanggunglah dosa  sebanyak mana umat islam yang telah tertipu dengan permainannya sehingga umat islam terpaksa memakan daging yang tidak menepati hukum shokum penyembelihan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker