KINI BERHIJAB – ISTERI RODY KRISTAL MINTA TUDUNG DARI ADIK-BERADIK, ELAK MEMBAZIR

Isteri kepada pemain gitar kumpulan Kristal, Rody iaitu Nur Izwani Azman atau lebih dikenali Niena kini dilihat tampil dengan imej berhijab dan ia telah dilakukan sejak minggu lalu.

Niena berkata dia enggan melakukan pembaziran dalam mencari identiti baharunya itu. Justeru itu, Niena berkata dia hanya menggayakan tudung pemberian adik-beradiknya dalam proses membiasakan diri dengan imej tersebut.

“Nasib ada adik-beradik perempuan yang lain, bila terdetik nak pakai tudung… pertama sekali tanya dia orang sebab nak minta semua tudung yang dia orang tak guna.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

“Kita elakkan pembaziran, sekarang tudung boleh tahan harganya, bila kita dapat cari identiti yang sesuai barulah kita shopping. Tak gitu Rody? A pretty face gets old, a nice body will change but a good heart will always remain #masihmencari,” tulisnya di laman Instagram.

Menerusi Instagram, Rody meluahkan rasa syukur dengan penampilan baharu isterinya itu baru-baru ini: “Alhamdulillah… moga keluargaku dilindungi Allah dari segala perkara yang tidak elok,” katanya sambil berkongsi foto terkini bersama keluarga.

Image_3.jpg

Perkongsian mereka itu menerima pujian dan disambut baik oleh peminat yang mendoakan supaya Niena terus istiqamah dengan penampilan menutup aurat itu.

“Alhamdulillah… segala puji bagi Allah! Cantik berseri lepas bertudung, semoga terus istiqamah ya sis. – “Terbaik, semoga boleh menjadi dakwah untuk kawan-kawan Niena yang lain… nampak manis bila bertudung!” komen pengikut.



Untuk makluman, Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker