“MUNGKIN DIA TAK SESUAI DENGAN SAYA” – NADIA BRIAN AKUI TAK BAHAGIA, MAHU SEGERA SELESAI



“Jika hubungan lebih membawa kemudaratan, perceraian dilihat jalan penyelesaian terakhir yang dibenarkan, jika sesama pasangan tidak lagi boleh meneruskan apa yang dimulakan. Buat apa mahu menipu diri apabila sudah tidak bahagia hidup bersama? Gelaran janda ini bukan satu status yang boleh dibanggakan, apatah lagi, dimalukan.

“Suratan ini adalah ketentuan Allah. Apa yang berlaku boleh menjadi pembakar semangat untuk saya menjadi manusia lebih baik,” demikianlah kata pelakon Nadia Brian yang memberitahu tidak pernah terdetik dihatinya berkahwin untuk bercerai, kerana dia juga dambakan kebahagaiaan bersama insan dicintai.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, mengakui tidak lagi bahagia dan jika ikatan perkahwinan itu hanya memudaratkan dan pasangan tidak boleh lagi meneruskan, perceraian adalah jalan terakhir. Ujarnya lagi, apa yang berlaku menguatkan lagi dirinya untuk menjadi insan lebih baik.

Namun, takdir menentukan segala-galanya. Umumnya mengetahui, pergolakan hubungan berlaku antara Nadia dan suaminya, Muizz Nasruddin sejak Oktober lalu. Tidak sampai setahun hidup bersama, mahligai rumah tangganya bagaikan retak menanti belah. Kemelut rumah tangga pasangan sehingga kini masih hangat diperkatakan.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Lebih panas, suami mendakwa Nadia berlaku curang bersama dua lelaki lain. Jalan terakhir tentunya perpisahan apabila masing-masing tidak mencari penyelesaian. Nadia mengesahkan suaminya sudah memfailkan kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Oktober lalu.

Bagaimanapun, sebutan perbicaraan yang ditetapkan pada 3 November lalu ditangguhkan kepada satu tarikh yang belum diketahui disebabkan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pelakon yang mula diperkenalkan menerusi drama ‘Akulah Balqis’ itu berkata, dia mahu belajar daripada kesilapan.

“Apa yang berlaku dijadikan pengajaran. Malah, saya bersedia berdepan apa juga dugaan. Saya sedar soal kebahagiaan kita tentukan, bukan orang lain. Buat apa nak teruskan perhubungan sekiranya tidak bahagia. Saya percaya pasti ada jalan untuk saya memperbaiki kehidupan pada masa akan datang,” ujarnya.



Image_3.jpg

Dalam pada itu, Nadia berkata dia tidak sabar untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin serta meminta pihak media tidak lagi menggunakan gambarnya bersama suami: “Jika boleh, saya sudah tak mahu mengingati lagi kisah duka yang berlaku. Malah, saya harap rakan media dan blogger tidak lagi menggunakan gambar saya dan suami, selepas ini.

“Saya tak mahu memburukkan sesiapa. Manusia tiada yang sempurna dan itu juga bukan alasan untuk menghukum manusia lain. Kita sendiri pun belum tentu 100 peratus baik. Kalau rasa diri sempurna, mungkin dia tak sesuai dengan saya. Saya harap kami boleh ‘move on’ dan belajar dari kesilapan,” tuturnya.

Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, dia mahu untuk mencari kebahagiaan dan hidup tenang, selepas ini: “Saya rela hidup sendirian jika belum bertemu pengganti yang sesuai. Buat apa saya terusan berdepan dengan situasi yang sama jika terus melukakan hati.

“Saya tak nak pisang berbuah dua kali dalam hidup. Bagaimanapun, siapa kita mahu takdir hidup. Kita hanya mampu merancang, Allah juga menentukan. Bagaimanapun, saya tetap berusaha mencari jalan atau ruang yang lebih baik untuk dalam kehidupan. Cuma, sebagai manusia, jangan takut memilih jalan hidup yang baik,” jelasnya.



Image_4.jpg

NAFI CURANG – NADIA BRIAN SUDAH TAWAR HATI, MOHON SUAMI LAFAZ CERAI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker