NETIZEN BUAT GERAKAN BANTAH – HAEL HUSANI NAFI ‘ANAK EMAS’ TV3



Nampaknya itu lagu yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 sehinggan kini masih tiada kesudahan. Ini kerana kejayaan lagu ‘Hati’ nyanyian dan ciptaan Hael Husaini turut dipertikaikan, malah ada netizen membuat gerakan bantahan berhubung lagu Hael.

Menurut Hael atau nama sebenar Hael Husaini Razmi, 33, dia sudah menjangka akan berlaku ketidakpuasan hati kerana AJL adalah program pertandingan lagu.

“Susah untuk saya tutup mulut semua orang, sebab kita tahu yang pertandingan sebegini memang ada yang tidak berpuas hati namun saya percaya pada rezeki.

“Kalau lagu saya dapat atau tidak, saya terima dengan hati yang terbuka sebab ini adalah adat pertandingan. Ada juga lagu saya yang tak dapat mara ke AJL,’ ujarnya.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Antara tiga lagu ciptaan Hael yang berjaya ke AJL adalah ‘Hati’, ‘Peluang Kedua’ nyanyian Nabila Razali dan ‘Belenggu Rindu’ nyanyian Datuk Jamal Abdillah bersama Wany Hasrita.

Sementara itu, menjawab dakwaan tentang tiga lagunya mara ke AJL disebabkan dia menjadi juri program Lagu Cinta Kita 2 anjuran TV3, dia menganggap perkara itu adalah tidak berasas.

“Kalau nak diikutkan sebelum ini, saya belum jadi juri pun… tapi Alhamdulillah rezeki ada, tiada kena mengena saya jadi juri atau tidak,” katanya.



Image_3.jpg

HAEL KECEWA LAGUNYA LAYAK KE AJL35 DIPERTIKAI: “TAK KAN SAYA NAK SANGKAL JURI”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker