PENGASAS ‘KIMCHIBUDU’ TERIMA PINGAT RAKYAT KEHORMAT SEOUL DARI KOREA SELATAN

Hebahkan !!!

“Inilah penghormatan tertinggi yang pernah saya terima daripada pihak kerajaan di Korea Selatan. Terima kasih Seoul kerana menghargai usaha saya dan isteri dalam menjadikan Seoul sebuah bandaraya global yang mesra Muslim dengan mengetengahkan pelancongan halal dan menjadi salah satu duta kecil yang menghubungkan Malaysia dan Korea Selatan.

“Tambah-tambah lagi tahun ini adalah ulang tahun ke-60 hubungan diplomasi antara Malaysia-Korea Selatan,” demikianlah kata anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan, Muhamad Khalid Ismail yang cukup terkenal melalui saluran YouTube miliknya ‘Kimchibudu’.

Influencer atau pemengaruh media sosial itu menerima penghormatan dan penganugerahan darjah serta pingat Rakyat Kehormat Seoul daripada kerajaan Metropolitan Seoul. Khalid menganggap ia sebagai satu penghormatan besar kepadanya sejak pertama kali menjejakkan kaki ke Seoul 14 tahun lepas dan menjadikan Korea Selatan sebagai kampung kedua.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Beliau berkata majlis penganugerahan sepatutnya disempurnakan pemangku Datuk Bandar Seoul Seoul 25 November lepas namun terpaksa dibatalkan disebabkan kes COVID-19 yang naik secara mendadak di kawasan itu dan hanya sesi fotografi yang diadakan untuk penerima.

Khalid yang kini menetap di Seoul itu turut memuat naik gambar beliau dan isterinya, Lee Seul menerima anugerah itu. Bagaimanapun, anugerah tersebut bukanlah bermaksud beliau menukar kewarganegaraan: “Saya masih lagi warganegara Malaysia tanah airku,” jelasnya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: