Senarai Manifesto Bukan Kitab Suci PAS

Senarai Manifesto Bukan Kitab Suci PAS

Senarai Manifesto Bukan Kitab Suci PAS

 

Secara tiba-tiba, penulis teringat kata-kata Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh.

Menurut beliau, bukan PAS tidak mahu memajukan Kelantan atau Terengganu selama pemerintahan PAS di sana.

Tetapi bagi PAS, biar negeri mundur, asalkan rakyat beriman dan tidak ada gunanya negeri maju tetapi rakyat kufur.

Tetapi apa yang tidak dijelaskan oleh Nuridah adalah kefakiran membawa kepada kekufuran.



Rasulullah SAW pernah bersabda:

كَادَ اْلفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا

Mafhumnya:

“Kemiskinan itu dekat kepada kekufuran”.



Hadis riwayat Abu Na’im.

Jadi, bukan penulis kata, tapi Rasulullah SAW yang bersabda.

Sejauh Mana Manifesto Uuntuk Kemajuan Sudah PAS Tunaikan?

 

Saat ini 90% manifesto PAS belum lagi terlaksana di Kelantan dan Terengganu antaranya:

  • Jika menang PRU14 di Terengganu akan laksana hukum Hudud
  • Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera (Kelantan dan Terengganu)
  • Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar (Kelantan dan Terengganu)
  • Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri
  • Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas
  • Menghapuskan cukai pintu rakyat Kelantan
  • Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah
  • Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan
  • WiFi percuma kepada rakyat Kelantan
  • Penghapusan bayaran caj letak kereta di seluruh Majlis Perbandaran di Kelantan.

Malah pada 25hb Julai 2019 MPKB-BRI telah laksanakan kaedah Kepit Tayar (clamping) di mana projek tersebut diberikan kepada pihak swasta Syarikat Vista Summerose Sdn. Bhd.

  • Air paip yang bersih dan terawat (majoriti penduduk Kelantan yang putus harapan dengan Air Kelantan telah menggunakan kaedah ‘air tebuk’ / telaga tiub) semenjak tahun 2000)

Isu ini juga menjadi penghalang kepada pelabur luar dan perlancongan, terutama sektor perhotelan.

Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali.

Isu bekalan air terawat juga menjadi faktor yang utama bagi para pelabur membuat pelaburan hartanah di Kelantan.

Dan Lagi, Dan Lagi

 

Kita sambung lagi senarai manifesto bukan kitab suci PAS:

  • Tambatan Banjir Kota Bharu – sehingga kini masih belum dilaksanakan
  • Stadium negeri yang baru dan canggih
  • Pelabuhan Tok Bali
  • AFTA City di Rantau Panjang
  • Pelabuhan Pantai Seri Tujuh, Tumpat
  • Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian
  • Pusat Bandar Baru Pengkalan Kubor
  • Pelabuhan Darat di Kuala Krai
  • Petrokimia City, di Bachok
  • Eco – Tourism City di Danau Tok Uban, Pasir Mas
  • Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu Palekbang – Kg. Cina

Kalau hendak disenaraikan, banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah sekadar disenaraikan sebahagian kecil sahaja.

Jadi kepada ahli PAS, tak rasa penat kena tipukah?

 

Senarai Manifesto Bukan Kitab Suci PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker