SUAMI EMMA MAEMBONG LEPAS PANTANG, NAK ANAK LAGI – ‘SEMANGAT KESUKANAN TINGGI KATA NETIZEN’

“Sejak kami ada anak, suami sudah tidak pedulikan saya lagi. Anak pula yang ditanyakan. Kalau waktu tidur pun dengar anak merengek atau menangis, suamilah yang resah lain macam.

“Dia mula jadi bimbang dan bertanya keadaan anak. Dalam pada itu, sempat juga beritahu hendak tambah zuriat lagi. Insya-Allah ada rezeki, kami tidak menolak untuk menambah keturunan,” kata pelakon Emma Maembong mengenai hasrat suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Ini kerana, baru sahaja sebulan bergelar ibu kepada seorang anak lelaki yang lahir pada 8 November lalu, nampaknya terpaksalah Emma hamil lagi… Heh.

“Nasib baik saya sudah biasa melayan kerenah dan mengasuh anak saudara. Jadi, saya tidak kekok menguruskan anak sendiri. Saya tidak canggung memandikan anak dan melakukan pelbagai kerja lain. Saya tidak serabut atau hilang arah memikul tanggungjawab sekarang.

Klik untuk gambar besar

EM%2B2.jpg

“As a mother yang baru 1st time melahirkan anak, it really makes me think about all the pengorbanan seorang ibu. And i always want to give the best for my son and my husband.

“I berusaha betul2 untuk make sure badan and rahim I sihat sepenuhnya so that I dapat menjalani kehidupan harian yang penuh bermakna bersama insan-insan yang I sayang. Kita hanya ada 1 Rahim yg akan ikut kita sepanjang umur jadi give yourself the best untuk melindungi nya,” tambahnya di IG penuh semangat.

Bagaimanapun, ada peminat yang memberi komen bahawa suami Emma berjiwa muda.. dan semangat kesukanannya lain… semangat malam lain semangat pagi lain.

“Oooii bawa bawa la nyabo.. tunggu 2 tahun kang kena marah misi.. tak cukup 2 tahun dah mengandung lagi… rahim tak elok lagi. tu.. nyabo.. nyabo,” komen yang lain pula memberi nasihat pada suami Emma.

EM%2B3.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker