Lelaki disyaki tikam kakak ipar hingga maut direman tujuh hari

KUALA LUMPUR, 26 Dis — Polis menahan reman seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai menikam kakak iparnya hingga mati dalam kejadian di sebuah pangsapuri di USJ 7, Subang Jaya semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Amihizam Abdul Shukor berkata mangsa berusia 45 tahun itu yang juga kakak kepada isteri suspek, ditikam pada bahagian belakang badan selepas cuba meleraikan pergaduhan di antara suspek dan isterinya.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, suspek berusia 42 tahun tersebut dipercayai berang selepas isterinya tidak menyediakan makanan mencukupi sebelum bertindak menarik rambut dan menumbuk kepala wanita berkenaan.

Mangsa cuba membantu namun ditikam pada bahagian belakang oleh suspek yang berada dalam keadaan mabuk, katanya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata suspek kemudian cuba melarikan diri namun dapat ditahan di tingkat bawah pangsapuri tersebut kira-kira 8 malam dan kini direman hingga 7 Jan depan bagi membantu siasatan kes itu.



— BERNAMA

‘Kakak terhempas atas batu, jatuh dalam sungai’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button