Peniaga rugi RM90,581 terpedaya pelaburan emas tidak wujud

26/12/2020 11:35 AM

KUANTAN, 26 Dis — Seorang peniaga wanita mendakwa kerugian RM90,581 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan emas tidak wujud melalui laman sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 36 tahun itu mendakwa telah tertarik dengan iklan yang dilihatnya menerusi laman Facebook sebelum menghubungi seorang ejen melalui telegram.

Beliau berkata, mangsa mendakwa ejen berkenaan menjanjikannya keuntungan berlipat ganda selepas membuat pelaburan yang beralamat di United Kingdom itu.

“Wanita itu telah bertindak melakukan pindahan wang berjumlah RM90,581.70 ke dalam beberapa akaun bank yang diberikan ejen berkenaan bermula 16 Okt sehingga 11 Dis lepas.

“Namun, mangsa yang telah kehabisan wang telah berasa tertipu oleh suspek kerana tidak mendapat sebarang pulangan dalam tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bentong kira-kira 162 kilometer dari sini semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pelaburan tidak wujud: Tiga termasuk ‘Datuk’ ditahan di Kluang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker