“RAMAI GILAKAN DIA… NO MONEY NO CINTA” – AYU PUTEH JAWAB GOSIP CINTA HUN HAQEEM & WANNA ALI

Image_1.jpg

“Biasalah gosip… tak tahulah sebab yang nak memilih tu nanti Wanna. Saya serahkan sepenuhnya pada Wanna, biarlah mereka fikir apa yang terbaik. Sebelum ini pun pernah timbul gosip Wanna dengan PU Riz kerana bergandingan dalam filem ‘Ada Apa Dengan Dosa’, tapi sebenarnya mereka dah macam adik-beradik… tak bercinta pun.

“Tentang jodoh, kita tak tahu… mungkin artis atau bukan artis, saya sedar artis pun ramai cuba-cuba nak dekati Wanna. Kalau Wanna tu bukan anak produser sekalipun ramai yang gilakan dia,” demikian kata Datuk Ayu Puteh berhubung gosip cinta antara anaknya, pelakon Wanna Ali dengan pelakon Hun Haqeem.

Keserasian Hun dan Wanna dalam drama ‘Angkara Cinta’ menerima pujian penonton sehinggakan ada yang berharap mereka menjalinkan hubungan cinta luar lokasi. Melihat keterujaan peminat mahu mereka disatukan sebagai pasangan kekasih, Ayu berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada anak-anak untuk menentukan masa depan mereka termasuklah soal jodoh.



Selain Wanna dan Hun, ‘Angkara Cinta’ turut dibintangi oleh Meerqeen, Yuna Rahim, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir, Alif Muhaimin dan Nina Juren. ‘Angkara Cinta’ arahan Michael Ang ditayangkan di Astro Prima pukul 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sementara itu, Ayu yang juga pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records percaya anak gadisnya berusia 23 tahun itu mampu berfikir secara matang dalam mencari teman hidup.



“Kalau tanya saya sebagai ibu semestinya saya nak anak berkahwin dengan orang yang ada kerja tetap, ada gaji supaya masa depan anak kita terjamin. Bidang perniagaan ini ada turun naik, masa kita susah nanti tak ada orang nak tolong. Kalau suami pun susah, takkan Wanna pula nak tanggung? Zaman sekarang ni ‘no money no cinta!’.

“Saya percaya Wanna lebih pintar dan bijak menentukan pilihan hatinya, dia melihat sendiri perjalanan hidup saya sebelum ini. Apa-apa pun semuanya berbalik pada jodoh… kalau dah tertulis dia bercinta dengan artis, itu jodoh dia. Cuma setahu saya Wanna mungkin akan cari orang yang ada masa depan yang cerah,” ujarnya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button