Satu maut, enam cedera dalam kemalangan di Port Dickson

26/12/2020 01:09 PM

PORT DICKSON, 26 Dis — Seorang lelaki maut manakala enam remaja lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Km13.8 Jalan Seremban-Port Dickson, berhampiran simpang Kampung Batu 7, Sungai Sendayan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Muhamad Mustafah Hussin berkata mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Phoon Swee Long, 41, manakala kesemua remaja berkenaan, dengan empat daripadanya cedera parah, berusia 19 tahun.

“Kejadian berlaku kira-kira 10.40 malam ketika kereta Honda Civic dipandu Phoon dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Port Dickson hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Toyota Unser dinaiki kumpulan remaja itu yang dalam perjalanan mendaki Gunung Datuk di Rembau,” katanya dalam kenyataan.

Katanya Phoon disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.

Sebahagian daripada remaja berkenaan turut dibawa ke hospital sama manakala selebihnya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penduduk sekitar Port Dickson gesa masalah banjir kilat diatasi segera

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker