Bekas Timb Menteri Penerangan Datuk Railey Jeffrey meninggal dunia


Datuk Railey Jeffrey

27/12/2020 02:39 AM

LAHAD DATU, 26 Dis — Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Railey Jeffrey, 75, meninggal dunia di kediamannya di Damansara Lagenda, Petaling Jaya, pada pukul 5.30 petang, hari ini.

Berita itu dikongsi kenalan Allahyarham iaitu mantan Pengerusi Persatuan Etnik Cocos Sabah (PECOS) cawangan Lahad Datu Ishak Harry, 74, yang dihubungi Bernama sebentar tadi.



Ishak berkata perkara itu diketahui melalui adik Allahyarham, Kemley Jeffrey.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

“Allahyarham merupakan rakan saya dari kecil kerana kami tinggal berjiran di Kampung Segama.

“Allahyarham, sesungguhnya seorang sahabat serta pemimpin yang baik hati dan jujur,” katanya dan kali terakhir bertemu pada tiga tahun lalu ketika Persidangan UMNO di Lahad Datu.



Railey menjawat jawatan Timbalan Menteri Penerangan pada tahun 1986 sehingga 1995 dan selepas itu memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya sehingga tahun 1999.

Pada tempoh itu, beliau merupakan Anggota Parlimen Silam daripada Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang kemudian menyertai UMNO pada tahun 1991.

–BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker