BERHUBUNG BERI NASIHAT – AZHAN RANI ANGGAP DIRINYA TAK LAYAK, MAHUPUN BERLAGAK

“Saya memang tak pernah anggap diri sebagai orang yang layak beri nasihat pun. Apa lagi, nak berlagak. Semua yang ditulis di Instagram itu sekadar peringatan kepada diri sendiri dan jika, ia baik bolehlah kita kongsi bersama.

“Sebenarnya, saya hanya mahu kita sama-sama belajar hormat kepada orang lain. Ditambah, tugas menghukum orang bukan hak kita. Kalau berminat juga nak menjatuhkan hukum pada orang lain, belajar pandai-pandai dan jadi hakim di mahkamah. bukan jadi netizen,” jelas Azhan Rani, 44.

Pelakon yang cukup dikenali dengan watak Ustaz Hamadi dalam drama ‘Nur’ itu menjelaskan dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai orang yang layak memberi nasihat kepada individu lain terutama pengikut di media sosial.

Bagaimanapun, Azhan berkata apa yang dilakukan itu lebih kepada peringatan buat diri sendiri dan perkongsian kepada orang lain juga. Menurut Azhan lagi, dia melihat sudah sampai masanya media sosial diguna secara berhemah dan bukan platform penyebar berita palsu serta kebencian. Begitu juga, dengan budaya maki hamun dan kelucahan ketika membuat ‘review’ produk.



Katanya, hentikanlah buat perkara yang bukan-bukan dan tidak sepatutnya hanya kerana mahu mengumpul pengikut dan mengejar jumlah tontonan di media sosial. Ujar Azhan, dia hairan apabila ada segelintir individu yang sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan hasil pendapatan.

Klik unntuk gambar besar

Image_2.jpg

“Ada di antaranya yang saya lihat tidak memperdulikan kesan emosi orang lain, apa lagi nak rasa bersalah pun. Jadi, saya tegur itu untuk peringatan kita bersama. Niat saya baik.

“Malah, saya sebenarnya tak ada sikit perasaan pun nak membahasakan siapa-siapa. Saya sekadar mencuba nak hentikan budaya menyebar kebencian dan emosi negatif dalam diri kepada orang lain melalui media sosial terutama di akaun orang lain,” ujarnya.



Jelas Azhan, dia seorang yang profesional. Katanya, kepada netizen yang tidak berpuas hati atau kurang suka pada orang lain cukuplah buat luahan di akaun media sosial mereka dan bukan dikongsi juga pada akaun orang lain.

Sejak kebelakangan ini, Azhan didapati lantang dan tegas menulis segala luahannya terhadap tindakan sebahagian netizen yang diselar berikutan cuba menyebarkan rasa kebencian dan emosi negatif melalui media sosial.

AZHAN RANI TERKILAN FOTONYA DIGUNAKAN SEWENANGNYA: “NAMPAKKAN SEDIKIT ETIKA ANDA”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker