Pengarah S P Setia Meninggal Dunia

 

Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Audit S P Setia Bhd, Noraini Che Dan meninggal dunia baru-baru ini, demikian menurut kenyataan ringkas pemaju hartanah itu.

“Adalah dukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah, pengurusan dan kakitangan S P Setia mengumumkan pemergian Noraini.

“Kehilangan besar ini amat dirasai oleh syarikat kerana Allahyarhamah adalah individu yang berdedikasi, amat dihormati serta berhati mulia, yang bersemangat menjunjung tadbir urus.

“Beliau telah menyentuh kehidupan ramai orang dan kepimpinannya tidak akan dilupakan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, Noraini dilantik ke dalam Lembaga Pengarah S P Setia dan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit pada 11 September 2015.

“Kami di S P Setia amat berdukacita dengan kehilangan ini. Beliau akan sentiasa diingati.

“Lembaga Pengarah dan pengurusan syarikat menzahirkan simpati dan takziah kepada keluarga,” katanya.

nstp



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button