Keterbukaan China pacu pemulihan ekonomi dunia

27/12/2020 05:20 PM

Oleh Fadil Zhang

BEIJING, 27 Dis — China berazam untuk terus meningkatkan keterbukaannya ke tahap lebih tinggi selain menyumbang kepada pembangunan bersama dengan semua negara.



Penekanan dan iltizam China itu dapat dilihat menerusi ucapan Presiden Xi Jinping sepanjang 2020 ini yang sering kali menekankan mengenai kepentingan keterbukaan.

Ia merangkumi keterbukaan dalam pelbagai aspek termasuk menyediakan peluang secara langsung kepada dunia yang menyaksikan komitmen China untuk menjadikan pasaran domestik berpopulasi 1.4 bilion sebagai pasaran dunia yang dikongsi semua.

China juga bekerjasama dengan pelbagai negara dalam usaha membangunkan Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi, dan aktif menyertai kerja-kerja menyusun peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa, selain berdedikasi terhadap penambahbaikan tadbir urus ekonomi global.

Paradigma pembangunan baharu China adalah berorientasikan dwikitaran yang bersifat terbuka dengan kitaran domestik dan antarabangsa yang saling menggalakkan.



China dijangka merekodkan jumlah import barangan melepasi USD22 trilion (RM89.3 trilion) dalam tempoh sedekad akan datang.

Bakal menerjah ke fasa pembangunan baharu, China akan terus menjadi pemangkin pemulihan ekonomi global dan berjuang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dunia yang terbuka.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun ini – PM Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button