PU Riz ‘trending’ di Twitter, hubungan dengan Neelofa bermasalah?


HUBUNGAN antara PU Riz dan Neelofa menjadi tanda tanya ramai selepas beberapa foto tangkap layar InstaStory adik-beradik Neelofa tersebar.

Kuala Lumpur: Nama PU Riz kini ‘trending’ nombor satu di Twitter berikutan hubungan bersama ‘calon isteri’, pengacara popular, Noor Neelofa kini berantakan.

Malah, spekulasi itu lebih hangat dibincangkan oleh warganet apabila mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory adik-beradik Neelofa dalam ciapan mereka.

Antaranya, kakak Neelofa iaitu Noor Nabila didakwa memuat naik beberapa kapsyen foto di Instagram Story dengan kata-kata seperti menyindir seseorang.



“Warna sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi nanti,” tulisnya.

Bukan hanya Noor Nabila, tetapi dua lagi adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan turut memuat naik kata-kata sinis yang hampir sama di Instagram mereka seperti ditujukan buat seseorang.

Tindakan sama juga dilakukan ibu Neelofa, Noor Kartini yang membuat perkongsian di Instagram story berkaitan kata-kata memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara buruk.

Mengikut perkongsian warganet di Twitter dengan akaun @zighduhhh memaklumkan foto risik PU Riz dan Neelofa juga khabarnya sudah dipadamkan daripada Instagram. Begitu juga, semua adik-beradik Neelofa dikata sudah tidak mengikuti PU Riz di media sosial.



Terdahulu, Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail pada 1 November lalu di kediaman keluarga bekas pengacara MeleTOP itu.

Malah, dilaporkan juga pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan. Bahkan, baru-baru ini hangat di media sosial apabila Neelofa dikata terlepas memanggil PU Riz ‘sayang’ dalam satu video mereka di YouTube.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button