“SEBAGAI TANDA CINTA…” – HADIAHKAN CINCIN BERLIAN UNTUK SHALMA, ISMAIL NAFI BERTUNANG

Semua sedia maklum mengenai hubungan cinta yang terjalin antara penyanyi Ismail Izzani dengan penyanyi Shalma Eliana. Namun kini, hubungan cinta Ismail kekasihnya itu nampaknya bakal berdepan dugaan apabila Shalma akan menyambung pengajian di luar negara untuk tempoh dua tahun.

Adat hubungan cinta jarak jauh, isu kesetiaan sudah pasti menjadi isu utama yang sering ditakuti pasangan kekasih. Sehubungan itu Ismail, 20, menghadiahkan Shalma Eliana, 20, sebentuk cincin berlian sebagai tanda ‘janji setia’ terhadap hubungan mereka.

“Jangan salah anggap. Dia (Shalma Eliana) akan bertolak ke luar negara untuk menyambung pengajian selama dua tahun. Saya beri cincin ini sebagai tanda cinta kami sahaja. Kami belum lagi bertunang, InsyaAllah satu hari nanti masanya akan sampai. Terima kasih atas doa kalian semua,” kata Ismail.

Anak kepada penyanyi era 80-an, Datin Suliza Salam itu berkongsi foto cincin dan video dia bersama Shalma sedang menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran menerusi Instagram pada malam Sabtu.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam perkongsiannya itu juga, Ismail menunjukkan dia sudah berhabisan lebih RM1,000 bagi mendapatkan pakaian sut lengkap bagi acara makan malam istimewa bersama Shalma.

Terdahulu, pasangan itu melakukan cabaran spontan dengan mencari pakaian bersesuaian untuk majlis makan malam di sebuah pusat beli belah di Damansara dalam masa 30 minit.

Ismail menyifatkan makan malam itu sebagai suatu yang istimewa kerana sejak kebelakangan ini mereka berdua jarang dapat meluangkan masa bersama disebabkan kekangan kerja.



Image_3.jpg

KENAL SEJAK BANGKU SEKOLAH – ISMAIL IZZANI ENGGAN SOROK KISAH CINTANYA DENGAN SHALMA ELIANA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker