“SELEPAS BERI AMARAN, SAYA LIHAT TIADA LAGI GUNA GAMBAR SAYA SEKELUARGA” – FAUZI NAWAWI

“Saya bertindak, sebelum lebih ramai lagi teraniaya. Saya risau orang melabur sebab percaya selepas melihat gambar saya dan keluarga. Apatah lagi, saya rasa sudah lama akaun berkenaan menggunakan gambar kami sekeluarga. Saya melihat akaun ini mempunyai lebih 2,000 pengikut.

“Bilangannya bukan sedikit,” kata pelakon Fauzi Nawawi yang tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pihak yang menggunakan gambarnya dan keluarga menerusi akaun media sosial skim pelaburan tanpa kebenaran.

Fauzi, 47, atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Mohd Nawawi berkata, dia akan mengambil tindakan serius bagi mengelak orang ramai menjadi mangsa penganiayaan pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya tak mahu nanti orang orang salahkan saya dan keluarga, sedangkan kami tak tahu apa-apa. Jujurnya, saya sudah muak dengan perkara sebegini, cukup-cukuplah. Ini bukan kali pertama orang menggunakan gambar saya,” katanya kepada BH Online.



Terdahulu, terdapat akaun Facebook (FB) dan Instagram (IG) yang didakwa menggunakan gambar Fauzi dan keluarga untuk melariskan skim pelaburan yang ditawarkan melalui media sosial.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sebelum ini, Fauzi memberikan amaran menerusi laman IGnya. Tidak lama kemudian pengguna akaun berkenaan dikatakan tidak lagi aktif mempromosikan skim pelaburan menggunakan gambar Fauzi dan keluarganya.

“Selepas memberi amaran, saya lihat tiada lagi promosi pelaburan menggunakan gambar saya sekeluarga. Saya periksa akaun palsu berkenaan di FB seperti sudah tidak aktif, saya tak dapat lihat dalam IG, mungkin saya sudah disekat.



“Buat masa ini, saya belum membuat laporan polis sebab saya tengok akaun ini sudah tidak aktif. Tetapi, saya tidak teragak-agak membuat laporan polis sekiranya mendapat tahu mereka masih membuat promosi menggunakan gambar saya dan keluarga,” ujarnya.

Fauzi berkata, dia mengetahui mengenai perkara itu daripada peminat, minggu lalu. Katanya, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang mahu menggunakan gambarnya untuk perkara bermanfaat.

Image_3.jpg

“Saya tak kisah sekiranya gambar saya dan keluarga digunakan tujuan promosi produk atau program bermanfaat. Saya tahu cabaran nak mencari rezeki ketika pandemik COVID-19 ini. Nak bayar promosi bukannya murah, ada yang tidak mampu, tetapi janganlah menyalahgunakan.

“Nak guna gambar saya boleh, tetapi dengan cara berhemah dan jangan menipu. Saya dan isteri pernah ditipu menerusi produk, kami bayar tetapi produk tidak sampai. Akaun berkenaan pun sudah tutup,” tuturnya.

Dalam masa sama, Fauzi berkata, perkara itu memberi pengajaran pada masyarakat agar tidak mudah tertipu dengan promosi yang membabitkan gambar selebriti.

“Saya mengambil tindakan sebab tak mahu akaun palsu wujud walaupun zaman sekarang ramai yang terdesak. Salah satu tarikan dengan menggunakan gambar selebriti untuk menarik pelanggan,” jelasnya.

FAUZI NAWAWI TERLUPA ISI MINYAK KERETA – PEKERJA PETROL STATION DM NAK PULANG DUIT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker