ANAK SAUDARA NORANIZA IDIRS DIJEMPUT ILAHI: “JASAD KAU TAK BERNYAWA LAUT PULANGKAN”

“Rehatlah Naim, anak syugra Mak Long, lepaskan lelah dunia, kami redha dengan pemergian kau. Sesungguhnya ramai saksi dunia ini melihat kebaikan, kesantunan dan budi pekertimu anak. Semoga syurga tempatmu Naim.

“Hari ini walau berat, kami terima hanya jasad kau yang tak bernyawa laut pulangkan. Rehatlah wahai anak syurga Mak Long, moga kita bertemu di syurga Allah kelak,” tulis penyanyi Noraniza Idris yang berkongsi rasa duka dan redha dengan pemergian anak saudaranya, Naim Hariri Kamaruddin, 31, menerusi laman Instagram miliknya.

Mayat Naim yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam telah ditemui di tepi pantai, Kampung Alur Taman, Marang, Terengganu pagi tadi.

Difahamkan, mayat Naim ditemui oleh pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai pada pukul 8.55 pagi tadi, kira-kira tiga kilometer dari kawasan dilaporkan lemas.



Semoga roh Allahyarham tenang di sana. Al Fatihah.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button