Kes COVID-19 AS lepasi 19 juta

28/12/2020 11:40 AM

NEW YORK, 28 Dis — Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada meningkat kepada 19,000,572, dengan 332,145 kematian, pada 11.22 pagi Ahad waktu tempatan (1622 GMT) menurut Johns Hopkins University, lapor Agensi Berita Xinhua.

Dengan jumlah kes sebanyak 2,123,163, California menjadi negeri pertama mempunyai lebih dua juta kes. Texas melaporkan 1,668,263 kes, diikuti Florida dengan 1,264,588 kes. Kedua-dua negeri Illinois dan New York mencatatkan lebih 900,000 kes.

Negeri-negeri lain dengan lebih 500,000 kes termasuk Ohio, Georgia, Pennsylvania, Tennessee, Michigan, North Carolina dan Wisconsin.

Setakat ini, AS kekal negara paling teruk dijangkiti dengan kebanyakan kes dan kematian di dunia, menyumbang lebih 23 peratus jumlah kes global.

Berdasarkan senario jangkaan semasa, model pengiraan yang dikemas kini sebuah u=instutut di oleh Universiti Washington menganggarkan sejumlah 567,195 kematian COVID-19 di AS menjelang 1 April 2021.

Kes COVID-19 AS lepasi 14 juta

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker