Tujuh terbunuh dalam serangan bersenjatakan pisau di timur laut China

28/12/2020 12:13 PM

SHENYANG (Liaoning, China), 28 Dis — Tujuh orang terbunuh dan tujuh yang lain cedera dalam serangan bersenjatakan pisau di sebuah bandar di timur laut China pada Ahad pagi, lapor Agensi Berita Xinhua menurut pihak berkuasa tempatan.

Jabatan publisiti bandar Kaiyuan, wilayah Liaoning, berkata kejadian itu berlaku pada 8.14 pagi berhampiran sebuah restoran di bandar tersebut. Polis telah menahan penyerang dan serangan dipercayai dilakukan secara rawak.

Leave a Reply