UNGGUL DI ANAM 2020 – RABBANI MENANG LAGU TERBAIK

Rabbani memenangi Lagu Nasyid Terbaik melalui Lagu ‘Ittihad’ dalam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 atau dikenali ANAM 2020 yang disiarkan secara labgsung di TV1, malam semalam.

Malah lagu Ittihad juga membawa dua lagi kemenangan buat Rabbani untuk anugerah Vokal Nasyid Terbaik dan Lirik Nasyid Terbaik oleh Ito Lara.

Sementara itu, Inteam pula membawa pulang dua trofi kemenangan melalui Artis Nasyid Pilihan berdasarkan undian dan Anugerah Kembara.

Raihan pula menerima Anugerah Khalifah berikutan pelbagai kejayaan yang dikecap mereka sepanjang dua dekad berjuang dalam industri nasyid.

Klik untuk gambar besar

R%2B2.jpg

Untuk beberapa kategori lain pula, Artis Nasyid Baharu Pilihan dimenangi Aniq Muhai, Anugerah Nasyid Nusantara Pilihan (Sabyan dari Indonesia), Rakaman Lagu Nasyid Terbaik (Amin Nordin menerusi lagu Sakit) serta Susunan Muzik Nasyid Terbaik dimenangi Omar K.

Anugerah Video Muzik Nasyid Terbaik, tiada pemenang kerana mengikut penjelasan juri, Habsah Hassan mmaklumkan tahap penghasilan menepati jalan cerita lagu tidak mencapai penilaian ditetapkan.

ANAM 2020 yang menggandingkan Hafiz Hamidun dan Fara Fauzana sebagai pengacara, turut dimeriahkan oleh barisan penyanyi yang membuat persembahan ialah Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers dan Inteam ternasuk, Datuk Jamal Abdillah, Naim Daniel, Khai Bahar, Colour of Voices, Saujana dan ramai lagi.

Terdahulu, selebriti yang tampil menyampaikan anugerah kepada pemenang adalah Altimet, Datuk Nash, Along Exists, Imam Muda Ashraf, Munif Hijjaz dan Ustaz Amal. – HM

 

“KALAU POPULAR TAPI PEMINAT TAK UNDI, ITU TAK DIKIRA LAYAK MENANG” – CHUBB-E

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker