AWAL JAWAB ISU RAI KRISMAS: “TUAN RUMAH BERI ‘DRESS CODE’, KITA IKUT UNTUK HORMATI…”

Sebelum ini kecoh di media sosial berhubung gambar yang dimuat naik pelakon dan pengacara Awal Ashaari dimana dia bersama isteri, Scha Alyahya dan anaknya, Lara Alana meraikan sambutan Hari Krismas baru-baru ini.

Bagaimanapun, jelas Awal, foto terbabit dirakamkan ketika mereka sekeluarga berkunjung ke salah sebuah rumah kenalan anak mereka. Kata Awal, mereka berpakaian sedemikian bagi menghormati jemputan tuan rumah.

“Ramai yang mahu mendapatkan komen daripada saya berhubung foto sambutan Hari Krismas yang duk viral. Jawapannya mudah, Lara bersekolah di sekolah antarabangsa dan ramai kawan dia dalam kalangan bukan Islam dan menyambut Krismas.

“Sebagai rakan, apabila mereka meraikan, mesti akan dijemput dan kita juga ingin menziarahi. Tuan rumah beri ‘dress code’, kita ikut untuk hormati permintaan mereka.

“Sama seperti Aidilfitri, kawan-kawan Cina, India dan Kristian akan datang beraya ke rumah kita memakai baju Melayu, baju kebaya dan ada memakai jubah. Mereka juga akan menjamu selera makan ketupat rendang yang mak kita masak.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Mereka pun hormat agama kita. Mereka selalunya beli makanan di restoran yang halal. Jadi, kita rasa selesa. Mereka juga tak minum arak depan kita sebab hormat,” katanya.

Menurut Awal, gambar yang dimuat naik pula berlatarbelakangkan tempat yang sesuai dengan sambutan perayaan itu: “Apabila nak bergambar, mereka akan cari ‘spot’ yang cantik.

“Contohnya di dinding yang kita gantung kad raya, ketupat plastik dan lampu kelip kelip yang dibeli di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mereka muat naik di Instagram untuk ucap dan cakap terima kasih sebab jemput mereka datang.

“Apabila pulang, mereka masih lagi dalam agama asal mereka, Buddha, Hindu atau pun Kristian. Mereka tidak automatik jadi Islam. Cuba ‘reverse’ situasi itu dan anda akan dapat jawapan,” ujarnya lagi.

Image_3.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker