Gangguan bekalan air di 130 kawasan Selangor

– Gambar hiasan – NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN

SHAH ALAM: Sebanyak 130 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, mulai jam 1 tengah hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia berikutan insiden paip utama pecah di bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15, dekat sini.

Susulan itu, katanya, bekalan air akan ditutup pada jam 1 tengah hari bagi memastikan kerja pembaikan berjalan lancar.

“Penutupan bekalan air ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 58 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam dan 72 lagi di Petaling.

“Kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada jam 9 malam ini.

“Bekalan air akan mula disalurkan ke premis pengguna selepas kerja pembaikan siap,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, tempoh pemulihan bekalan air adalah berbeza dengan bergantung pada lokasi dan jarak premis pengguna.

Sehubungan itu, pengguna disaran menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan, dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan tidak berjadual terbabit.

“Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor: www.airselangor.com.

“Pengguna juga boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor melalui talian 15300,” katanya

BH online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker