JAUNDICE ANAK KEDUA DAH TURUN SIKIT – ‘ASHA AZMI’ NAMA PILIHAN FAYE KUSAIRI & SUAMI

Menerusi satu muat naik di laman Instagram, pelakon Faye Kusairi telah mendedahkan wajah serta nama cahaya mata keduanya buat kali pertama. Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, memilih nama yang ringkas dan indah iaitu ‘Asha Azmi’. Faye berkongsi video comel Asha yang sedang tersenyum.

“Assalamualaikum semua… Kenalkan, our newest edition of the family. Our little angel, Asha Azmi, adik kepada Alif Azmi. Asha still jaundice tapi semalam check, reading dah turun sikit. Alhamdulillah..

“Terima kasih semua yg mendoakan Asha & Mommy. Moga2 kalian dibalas dengan segala kebaikan didunia dan akhirat serta dirahmati oleh Allah SWT. Aamiin! #AshaAzmi #AlifAzmi,” tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Untuk makluman, Faye berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 April 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Anak sulung pasangan ini bernama Alif Azmi yang kini berusia 2 tahun.

Terdahulu, Faye sebelum ini mengalami penyakit Bell Palsy atau lumpuh sebelah muka berpunca daripada kehamilan. Sekadar info, Bell Palsy merupakan sejenis kelumpuhan otot pada sebahagian wajah kerana saraf atau otot mu

ka berhenti berfungsi. Antara simptomnya adalah senget di bahagian sebelah muka dan mulut tidak simetri.

Image_3.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker