Jenama Pengeluaran Daging Yang Diragui Mengikut Hukum Syarak

Rakyat amat terkejut dengan tersebarnya berita yang mengatakan ada syarikat yang tidak bertanggungjawab dalam usaha mengaut keuntungan dengan mencapurkan daging halal dan tidak halal untuk dipasarkan dalam Negara ini.

Isu daging seludup menjadi hangat apabila media melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina, sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Suspek kegiatan seludup daging sejuk beku akan ditahan dalam masa terdekat – Kastam Johor

Difaham kan beberapa agensi kerajaan yang telah bersubahat dalam usaha membawa masuk daging kangaru dan kuda, yang dijual sebagai daging lembu halal.

Seharusnya sebagai sebuah kerajaan apabila perkara ini tular dilaman media , satu tindakan yang drastik dilakukan untuk mengenal pasti syarikat-syarikat yang telibat dalam  mensabotaj makanan terhadap umat islam dalam Negara ini.



Namun ianya tidak berlaku sebagaimana yang diharapkan,  Malah seorang Timbalan Menteri terus mengeluarkan kenyataan bahawa  syarikat-syarikat yang terlibat tidak akan didedahkan. Apa maknanya semua ini, sudah pasti amalan “tumbuk rusuk” berlaku.

Suspek kegiatan seludup daging sejuk beku akan ditahan dalam masa terdekat – Kastam Johor

Untuk rekod Jakim terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri yang kini diketuai bekas mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad serta timbalannya Ahmad Marzuk Shaary yang juga ahli parlimen PAS dari kawasan Pengkalan Chepa.

Sebagai panduan kepada umat Islam dibawah ini disertakan jenama jenama daging yang diragui cara pengeluarannya dan dianggap tidak mengikut hukum syarak

JENAMA YANG DIRAGUI



Saya ringkaskan jenama yang dikatakan terlibat dalam kes keraguan kerana bercampur daging halal dan tidak halal:

Ayam

  1. TC
  2. Seara
  3. Qualika
  4. Pilgrims
  5. Gfpt public company limited
  6. Sadia
  7. Frangosul

Kerbau

  1. Allana
  2. Al aali
  3. Al Tamam

Lembu

  1. Midfield
  2. GBP
  3. Minera
  4. JW
  5. Greenham
  6. Universal beef packers
  7. Offal exp
  8. Australia meet group
  9. Masterboi
  10. Swift Australia
  11. FRIARSA

Kambing

  1. Ararat
  2. Ojo de aqua
  3. Randall Packer Foods
  4. Mc Phee
  5. Viro carni sri5

Itik

  1. DOUX

Ini antara jenama yang biasa digunakan di gerai² , restoran & majoriti bisnes F&B di Malaysia. Sehingga kini kerajaan masih belum mendedahkan nama Syarikat yang terlibat secara rasmi. Jadi sebagai langkah berjaga jaga seharusnya umat islam dalam Negara ini melakukan  penilaian sebelum membeli.

Nota tambahan:

Kepada yang dah pernah termakan daging syubhah, jgn risau tentang amalan kita tertolak kerana makan makanan haram. Kita membeli dgn iktikad ianya adalah halal dan sekiranya bukan, dosa itu bukan pada kita tetapi orang yang mencampurkannya dgn daging yg tidak halal. Islam tidak pernah mempertanggungjawab kan kita dengan sesuatu yg kita tidak sengaja.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker