Bila Tawfiq dan Zeti akan diambil tindakan?

Misteri masih menyelubungi rakyat apabila masih tiada tindakan diambil ke atas Tawfiq Ayman dan Zeti walau siasatan telah selesai dijalankan.

Bekas Gabenor Bank Negara itu dikatakan turut terlibat dalam isu 1MDB dan ini diakui oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Dakwaan Tommy adalah serius dan tidak boleh dipandang remeh kerana ia membabitkan maruah negara serta intergriti Bank Negara Malaysia.

 

Selepas sebulan siasatan terhadap Tawfiq dirujuk ke Pejabat Peguam Negara, sehingga hari ini belum kedengaran tindakan dikenakan terhadap beliau.

Semua mata memerhati apa tindakan selanjutnya walaupun banyak pendedahan telah dibuat. Tim Liessner misalnya mendedahkan apa yang berlaku dalam skandal 1MDB di Mahkamah Amerika. 

Pihak SPRM sebelum ini mengesahkan Singapura telah memulangkan sejumlah RM65 juta dari akaun Cutting Edge. 

Cutting Edge merupakan sebuah syarikat dimiliki Tawfiq dan Samuel Goh. 

 

Baru-baru ini Raja Petra Kamarudin mendedahkan Mohd Nazlan yang merupakan seorang Hakim telah menerima ‘dana’ dari ahli perniagaan yang masih dalam buruan pihak berkuasa Malaysia, Jho Low.

 

 

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap Nazlan berikutan jumlah wang yang diterima Nazlan menerusi 11 transaksi melibatkan sejumlah lebih RM1 juta ke akaun beliau yang didakwa Raja Petra.

Sampai bila rakyat akan terus menanti corak tindakan yang akan dikenakan terhadap Tawfiq dan Zeti?

 

Tangkap Zeti dan suami, semua akan terbongkar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker