Penghantaran kumpulan kedua vaksin COVID-19 ke lapan negara EU alami kelewatan

28/12/2020 04:33 PM

MADRID, 28 Dis — Penghantaran kumpulan kedua vaksin Pfizer/BioNTech COVID-19 ke lapan negara Eropah tidak dapat dilakukan mengikut jadual berikutan masalah penghantaran, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Kementerian Kesihatan Sepanyol pada Isnin.

“Pfizer Spain memberitahu Kementerian Kesihatan malam tadi mengenai penghantaran kumpulan vaksin ke Sepanyol ditunda dari Isnin ke Selasa … Pfizer Spain mengatakan kilangnya di Puurs, Belgia, memaklumkan pengiriman ke lapan negara Eropah itu termasuk Sepanyol alami kelewatan kerana masalah proses pemuatan dan penghantaran,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.



Sepanyol menerima kumpulan pertama vaksin sebanyak 9,750 dos pada Sabtu. Esoknya, negara anggota Kesatuan Eropah (EU) melancarkan kempen imunisasi seluruh blok susulan kebenaran Suruhanjaya Eropah.

Menjelang Mei dan Jun tahun depan, kira-kira 15-20 juta warga Sepanyol akan diberi vaksin COVID-19, menurut jangkaan pihak berkuasa kesihatan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button