Polis Sabah tumpas satu sindiket penyeludupan, dua sindiket tidak lama lagi

28/12/2020 08:46 PM

LABUAN, 28 Dis — Polis Sabah telah mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga sindiket yang menjalankan aktiviti penyeludupan pelbagai barang antara pulau bebas cukai di sini dan tanah besar di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata satu daripada sindiket itu telah dilumpuhkan, dan dua dijangka akan ditumpaskan tidak lama lagi.

Beliau berkata sindiket penyeludupan di Labuan biasanya dilihat berkembang sedikit demi sedikit, sebelum ia menjadi isu serius yang perlu diberikan perhatian sewajarnya.

“Penyeludupan biasanya melibatkan barang-barang seperti rokok, pelbagai jenis minuman beralkohol serta kepak ayam dari pulau bebas cukai di sini ke tanah besar. Ibu Pejabat Polis Kepayan telah mengenal pasti tiga sindiket penyeludupan, satu daripadanya telah ditumpaskan minggu lepas,” katanya dalam persidangan media hari ini.

Menurutnya peraturan baharu yang menyaksikan semua jenis rokok dikenakan cukai di pulau atau zon bebas cukai itu berkuat kuasa 1 Jan akan menyekat kegiatan penyeludupan rokok, namun ia tidak menangani isu penyeludupan minuman beralkohol ke tanah besar di Sabah, Sarawak dan Brunei, yang perlu diberi perhatian.

 

Ada unsur rasuah dalam isu penyeludupan sempadan negara – KPN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker