Sejarah mungkin berulang jika BN terus ego, kata Annuar Musa


© Provided by Projek MM Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa mengakui Barisan Nasional (BN) akan berdepan cabaran sengit jika masih mengekalkan ego lama. ― Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 29 Dis ― Senario serta sentimen pada pilihan raya umum akan datang dijangka lebih unik dan kompleks.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa berkata, keadaan tersebut menuntut parti itu lebih bersedia dengan mengetengahkan pemikiran baharu selain tidak terus mengekalkan ego lama.

Jelasnya, BN perlu belajar dari kesilapan lampau andai tidak mahu sejarah pada pilihan raya umum lalu berulang kembali.



“PRU-15 (pilihan raya umum ke-15) tidak akan menyamai PRU sebelumnya di mana waktu itu BN merupakan parti pemerintah yang menguasai banyak aparatus pentadbiran dan sumber yang cukup.

“Itu pun BN tewas. PRU-15 perlu pemikiran baharu. Jika BN kekal dengan superiority complex dan ego lama ia bakal menemui jalan sukar,” katanya di media sosial, hari ini.

Pilihan Raya Umum ke-14 lalu menyaksikan BN gagal mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan Persekutuan.

Ia menjadi peristiwa bersejarah bagi politik tanah air memandangkan buat kali pertama BN tewas besar sekaligus meletakkan parti itu sebagai pembangkang.



Bagaimana pun, peralihan kuasa berlaku pada tahun ini apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai perdana menteri pada Februari.

Tindakan itu menyaksikan satu kerjasama politik baharu dibentuk terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS, BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Isu Perak: UMNO, BN, MN adakan mesyuarat – Annuar Musa



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button