Hantar bantuan ke Gaza guna payung terjun ‘jalan terakhir’ – PBB

Hantar bantuan ke Gaza guna payung terjun ‘jalan terakhir’ – PBB

Hantar bantuan ke Gaza guna payung terjun 'jalan terakhir' - PBB
Kebakaran marak berikutan serangan udara Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada 13 November 2023. FOTO AFP

Washington: Menghantar bantuan kemanusiaan menggunakan payung terjun ke Semenanjung Gaza menjadi “jalan terakhir” tetapi langkah ini “sangat mencabar”, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (UN OCHA).

Ketua OCHA di Palestin Andrea De Domenico berkata selain sangat mencabar ia juga memerlukan kos yang agak tinggi dan tidak mampan namun itu pilihan terakhir yang ada sekarang.

Justeru itu, De Domenico amat berharap pihak-pihak yang berkaitan bersetuju untuk menyediakan akses tanpa halangan dan berterusan.

Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh meminta Kesatuan Eropah (EU) dan PBB untuk menggunakan payung terjun bagi menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

Tentang resolusi PBB: Kaukus Palestin Parlimen saran kerajaan panggil duta luar negara
“Saya fikir apa yang benar-benar diperlukan sekarang ialah membuka lintasan bagi memastikan bekalan bantuan dapat dihantar secara berterusan.

“Saya tahu Jordan sudah pun menghantar bantuan dengan menggunakan cara itu (payung terjun). Tetapi sudah tentu kuantitinya sangat terhad,” kata De Domenico pada Isnin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia


Mengulas mengenai keadaan di sekitar hospital Al-Shifa di Gaza, beliau menyeru semua pihak untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana hospital tidak boleh dijadikan sasaran peperangan.

Sementara itu, beliau menganggarkan sehingga Ahad, seramai 230,000 penduduk awam mungkin sudah berpindah ke selatan Gaza.

Hantar bantuan ke Gaza guna payung terjun ‘jalan terakhir’ – PBB

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker