Berbikini, Yasmin Hani macam anak dara

Oleh – Syeikh Baran


Berbikini, Yasmin Hani macam anak dara
YASMIN HANI

PADA usia 44 tahun, pelakon Yasmin Hani masih ‘bergetah’ apabila tampil yakin mengenakan pakaian renang atau bikini.

Walaupun pernah dikecam gara-gara menggayakan pakaian renang pada tahun lalu, nampaknya Yasmin memang hati kering apabila sekali lagi mencuri perhatian peminatnya dengan memuat naik beberapa keping foto memakai bikini.



Menerusi perkongsian yang dimuat naik Yasmin dalam Instagram miliknya, pelakon itu dilihat menggayakan pakaian renang berona biru dan putih, berserta skrit pendek untuk menutup bahagian bawahnya.

Difahamkan, gambar itu dirakam ketika Yasmin bercuti di Koh Lipe, Thailand.

Bagaimanapun, kali ini netizen memuji kecantikan Yasmin kerana masih kelihatan muda pada usia 40-an.

Ramai mengagumi bentuk tubuhnya selain menganggap ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu sebagai wanita anggun.



Sebenarnya kalau dah cantik, pakai apa pun akan nampak cantik. Apa yang penting kena yakin diri dan tidak peduli apa orang cakap.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button