Benin adakan pilihan raya Presiden 11 April 2021

30/12/2020 01:41 PM

DAKAR (Senegal), 31 Dis — Benin akan mengadakan pilihan raya presiden pada 11 April tahun depan, memetik kenyataan suruhanjaya pilihan raya negara itu pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Pusingan pertama pilihan raya berlangsung pada 11 April diikuti pusingan kedua pada 9 Mei jika tiada calon yang melepasi 50 peratus undi.

Walaupun, Presiden Patrice Talon pernah berkata ketika dipilih buat pertama kali pada 2016 hanya akan memerintah selama sepenggal namun, beliau dilihat akan mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua.

Leave a Reply