BILA PENGARAH SHAHRULEZAD TAMPIL TEGUR: “JANGAN DIMEGAHKAN SANGAT SPM 7G TU”

Hebahkan !!!

“I think I desperately need to share this. Sebesar besar kekayaan ialah kaya ilmu dik. Not how much money you earn everyday. Di samping kita menyeru kepada positivity setiap hari. Abam jugak menyeru kepada adik adik instafemes di luar sana menyeru kepada perkara yang benar. Iaitu kepentingan ilmu.

“Ilmu ada lah segala-galanya. Tak kira lah kau cuma mampu tinggal di rumah kotak sekali pun. Tak kisahlah kalau kau cuma berkereta kancil. Janji kau berilmu dalam pelbagai bidang. Jgn dimegahkan sangat dengan SPM 7G tu. Dihina pun jangan,” demikianlah kata pengarah Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat.

Shahrulezad menerusi laman Instagram miliknya telah memberikan pendapat ikhlasnya mengenai sikap segelintir pihak yang merasakan ilmu bukanlah sesuatu perkara yang penting terutamanya di era serba moden ini. Menurut Shahrulezad, walau sesukar mana pun kehidupan seseorang itu, ilmu seharusnya menjadi keutamaan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Jelas pengarah drama ‘Nur’ itu lagi, dia turut menyeru individu-individu di luar sana terutamanya para personaliti media sosial untuk berhenti memberi bayangan kepada pengikut-pengikut mereka bahawa tanpa ilmu mereka juga boleh berjaya.

“Tapi jangan sesekali mengelirukan adik adik kita diluar sana dengan memberi bayangan yg ilmu tu tak penting. Demi Allah ilmu adalah yg PALING penting sekali. Islam menuntut kita berilmu bukan suruh kita mengejar kefemesan dalam mencipta kekayaan. Apatah lagi bermegah megah dengannya atas alasan motivasi yg palsu. Real motivation here is KNOWLEDGE!

“Tanpa ilmu mencipta aplikasi media sosial yang adik gunakan sebagai lubuk buat duit. Adik sudah pasti tak akan merasa sama sekali memiliki mustang yang adik dok megah megahkan tu. Untuk jadi kaya menggunakan medsos macam adik ni pun perlukan ilmu dik. Bukan semata mata pada rupa dan nasib,” ujarnya lagi.

Image_3.jpg

Shahrulezad turut menambah, ilmu yang dicari akan sentiasa bawa kita ke hadapan manakala populariti pula hanyalah bersifat sementara: “Ilmu tak akan susut nilai. Kereta Mustang ya! Abam bukan cemburu tau. Abam cuma kesian melihat mindset sesetengah instafemes yg alahai… bijik kacang hijau pun lagi besar abam rasa.

“Ditakdirkan suatu hari nanti seluruh internet di dunia ni lumpuh. Apa kau nak buat dik? Modal apakah lagi yg boleh kau guna selain dari ilmu untuk meneruskan kehidupan. Guys, We are not only need to spread positivity dalam hidup tapi kita juga terdesak untuk menyebarkan kebenaran yang benar.

“Apa yang adik ‘bertuah’ ni cuba sampaikan pada ‘rakyat jelata/follower’ dia sangat misleading dan kita WAJIB perbetulkan. Salam hari Isnin utk semua. Trust me. Kefemesan yg kita kecapi hari ni jugak adalah satu ujian dari Allah yg akan kita dipersoalkan di akhirat kelak,” akhirinya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: