China kemas kini Katalog Industri untuk galak pelaburan asing

29/12/2020 08:43 PM

BEIJING, 29 Dis — Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China dan Kementerian Perdagangan China pada Isnin mengeluarkan Katalog Industri bagi Menggalakkan Pelaburan Asing (edisi tahun 2020).

Katalog yang akan berkuat kuasa pada 27 Jan depan antara lain mengandungi tambahan sebanyak 65 produk baharu manakala 51 produk sedia ada telah diubah suai.



Antara 65 produk baharu itu termasuk mesin pernafasan, ECMO, monitor, penerokaan dan penggunaan aplikasi pendidikan, perubatan serta pejabat dalam talian, dan jaringan 5G.

Di samping itu projek-projek pelaburan asing yang tersenarai di dalam katalog tersebut bakal menikmati dasar keutamaan dalam beberapa sektor termasuk cukai, pemperolehan tanah dan peraturan pentadbiran.

Sementara itu, wakil rasmi NDRC menyifatkan langkah tersebut sebagai penting bagi mengoptimumkan lagi pelaburan asing.

Jelasnya, skop dalam katalog baharu itu turut diperluas antaranya dengan memfokuskan kepada penambahan produk dalam industri pembuatan serta perkhidmatan pengeluaran di kawasan tengah dan barat China.



Selain itu skop turut diperluas untuk memberi khidmat nasihat dan meningkatkan keyakinan pelabur asing, menggalakkan kestabilan jumlah pelaburan asing dan rantaian pembekal serta perindustrian.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button