DITUDUH RAMPAS SUAMI ORANG – INI JAWAB SAKINAH

Semua sedia maklum mengenai kisah percintaan pelakon Sharifah Sakinah, 31, dengan kekasihnya yang juga warga Sweden, Michael Hansen, 41, yang kini bukan rahsia lagi. Malah, mereka sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mei, tahun depan.

Di sebalik foto mesra pasangan dua sejoli yang sering diperkatakan, timbul pula dakwaan menuduh pelakon drama ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ itu perampas dan pemusnah rumah tangga orang. Timbul pelbagai versi cerita yang kurang enak didengar di laman maya, namun Sakinah menegaskan, dia paling pantang ‘mencaras’ suami lain.

Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu berkata, dia masih waras dan teguh dengan prinsip hidupnya tidak mengambil suami orang.



“Saya tak boleh nak mengenai lelaki yang masih berkahwin. Saya tahu Hansen pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata berusia lapan dan lima tahun, sejak awal perkenalan kira-kira empat bulan lalu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saya kenal Hansen sudah bergelar duda. Dia berpisah dengan bekas isterinya sudah lama ketika bekerja di Singapura, sebelum berpindah ke Malaysia. Netizen suka membuat tuduhan melulu kononnya Hansen sanggup meninggalkan isteri dan dua anaknya kerana mahu berkahwin dengan saya.



“Saya pernah menghubungi bekas pekerja yang tahu kisah sebenar untuk mengetahui kesahihan cerita. Saya nak buktikan saya bukan perampas. Jika ada sesiapa nak tanya bekas pekerja berkenaan pun dipersilakan,” katanya.

Adik kepada Sharifah Shahira itu berkata, Hansen sudah terbang ke Sweden untuk menyambut perayaan Krismas bersama dua cahaya matanya, beberapa minggu lalu. Selain itu, katanya, dia pulang ke Sweden untuk menyelesaikan urusan dengan bekas isteri. Adat dan cara orang putih selepas berpisah bukan jenis terus tinggalkan pasangan mereka. Ada beberapa prosedur perlu diselesaikan

Image_3.jpg

“Apabila merancang mahu berkahwin, Hansen kena uruskan beberapa urusan membabitkan dokumen perceraian. Kita sendiri orang Melayu pun jika berpisah ada perkara yang perlu diselesaikan,” ujarnya.



Sakinah berkata, mengikut perancangan mereka akan berkahwin pada 28 Mei tahun depan: “Ini rancangan kami, tetapi jika boleh dipercepatkan juga baik. Tarikh 28 Mei adalah ulang tahun kami. Saya dan Hansen berkongsi tarikh lahir sama.

“Bagaimanapun, kita tak tahu pandemik COVID-19, apa sahaja boleh terjadi. Saya harap urusan untuk Hansen pulang ke Kuala Lumpur akan dipermudahkan,” tuturnya.

Image_4.jpg

Sakinah yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ arahan Shuhaimi Lua itu berkata, dia dan Hansen merancang majlis ringkas sahaja.



“Cukup akad nikah bersama majlis resepsi pada hari sama. Saya tak buat majlis besar-besaran pun. Undangan pun sekitar 200 tetamu. Paling penting, majlis ringkas yang bermakna dalam hidup saya,” katanya.

Bagi Sakinah, mungkin perkenalan agak singkat tetapi dia percaya soal keserasian lebih utama: “Pusat senaman menemukan saya dan Hansen. Kami suka bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Hansen juga yang boleh terima kenakalan dan perangai gila-gila saya. Saya pula disleksia tahap ringan.

“Hansen juga seorang yang gila-gila, hinggakan kakak, Sharifah Sharifah boleh melayannya. Hansen tegas dan bersikap seperti bapa. Bagi saya, tak timbul soal saya bertemu pengganti jejaka asing atau sebaliknya. Pada akhirnya, ia berbalik kepada keserasian dan kebahagiaan apabila berada bersama orang disayangi,” jelas ibu kepada Anais Adha yang kini berusia tiga tahun itu.

SAKINAH PILIH 28 MEI 2021 KAHWINI JEJAKA SWEDEN – KONGSI TARIKH LAHIR SAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button