“DUIT HABIS BAYAR EJEN… BAGI KEBEBASAN MULALAH BUAT PERANGAI” – SHIERA PENAT LAYAN ‘BIBIK’

Hebahkan !!!

“Dia dah kerja dengan kami empat tahun… dia ada cakap nak balik Indonesia tapi kami tak bagi sebab sekarang tengah wabak Covid-19. Kalau dia balik nanti tak boleh nak pulang ke Malaysia semula. Sebelum ini tak ada isu pun, kita izinkan saja kalau dia nak balik jumpa keluarga.

“Malah, permit kerja dia pun baru sahaja diperbaharui sebab dia bersetuju nak sambung kontrak dengan kami lagi. Kalau awal-awal dia kata tak nak kerja kita tak paksa. Isu maid lari ni memang tak pernah habis, duit habis bayar ejen sahaja, dapat yang baru pun sama juga… esok lusa ada masalah lagi!” kata pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah.

Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bingung memikirkan mengenai pembantu rumahnya yang hilang dipercayai melarikan diri pada Ahad lalu. Menurut Shiera, pembantu rumah warga Indonesia itu hilang dan gagal dikesan semasa dia dan suami berada di Raub, Pahang.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sebelum itu, menerusi Instastory Shiera berkongsi mengenai kehilangan pembantu rumahnya dikenali sebagai Seri. Sementara itu, Shiera memaklumkan dia dan suami, Ijoy sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan pembantu rumahnya ini.

“Kami dah buat laporan polis sebab bimbang jika berlaku apa-apa kemudian hari, tapi permit kerja dia saya tak matikan… biarlah kalau dia enjoy dulu. Kita pun tak mahu dia masuk penjara kalau ditangkap, ikutkan dalam keadaan sekarang dia nak balik Indonesia pun tak boleh.

“Sepanjang dia kerja tak ada bawa masalah pun, kita bagi pakai telefon sebab kita tak nak seksa dia, kita bukanlah kejam tapi apabila bagi kebebasan mulalah buat perangai. Kita ni tak sampai hati nak seksa pekerja… kita orang Melayu hati lembut, gaji pun tak pernah bayar lambat, pasport pun dia boleh pegang! Tapi hujung-hujung isu maid ini tak pernah selesai, tak terkira dah berapa ramai yang lari!” ujarnya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: