Polis siasat motif kes tembak mati lelaki dengan pelbagai rekod jenayah

Polis siasat motif kes tembak mati lelaki dengan pelbagai rekod jenayah

Polis siasat motif kes tembak mati lelaki dengan pelbagai rekod jenayah
Foto hiasan.

JOHOR BAHRU: Polis masih menyiasat motif pembunuhan seorang lelaki dengan pelbagai rekod jenayah yang ditembak di sebuah kedai serbaneka di Taman Melodies, di sini, awal pagi 20 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, siasatan turut menjurus ke arah kemungkinan pembabitan lelaki itu dalam kumpulan kongsi gelap.

Malah, beliau berkata polis turut menjalankan siasatan berhubung insiden kecoh ketika pengebumian mangsa pada awal pagi di suatu lokasi di bandar raya ini, sama ada kumpulan kira-kira 20 lelaki terbabit mempunyai kaitan dengan kes tembak itu.

“Ketika upacara pengebumian, sekumpulan kira-kira 20 lelaki menimbulkan kacau ganggu atau bertindak merusuh.

“Polis sedang memburu kumpulan lelaki terbabit dan akan menjalankan siasatan sama ada mereka terbabit dalam kes tembak pada 20 Mac lalu itu,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Mengulas kejadian 20 Mac lalu, Kamarul Zaman berkata, siasatan mendapati mangsa memiliki pelbagai rekod jenayah dan pernah diburu bagi membantu siasatan polis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Di Johor perkara seumpama ini sudah lama tidak berlaku, kita akan menjalankan siasatan berdasarkan beberapa sudut,” katanya.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, pihaknya tiada maklumat berkaitan dakwaan pembabitan mendiang dalam kes pembunuhan di sebuah stesen minyak pada 2017.

Berebut wanita disyaki motif lelaki dibunuh rakan

Polis siasat motif kes tembak mati lelaki dengan pelbagai rekod jenayah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker