Hujan lebat dijangka di beberapa negeri hingga Sabtu – MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah mulai esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan berkenaan dalam kenyataan hari ini menyatakan, hujan lebat itu akan membabitkan kawasan Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang); dan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi (Johor).

Hujan di semua kawasan ini akan berlanjutan hingga Sabtu ini.

Selain itu, hujan lebat juga dijangka berlaku selama dua hari di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu di Terengganu, selain seluruh negeri Kelantan mulai Jumaat ini.

Di Sabah pula hujan lebat dijangka berlanjutan sehingga esok membabitkan kawasan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

Turut dijangka mengalami hujan lebat hingga esok ialah Labuan. – BERNAMA

Leave a Reply