Kes penipuan dalam talian di Tapah catat kerugian RM2.1 juta



30/12/2020 11:58 AM

IPOH, 30 Dis — Kes penipuan dalam talian di daerah Tapah merekodkan kerugian lebih RM2.1 juta sepanjang tahun ini, kata Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail.

Wan Azharuddin berkata kes penipuan dalam talian itu melibatkan kes pinjaman tidak wujud melalui laman sosial seperti Facebook, macau scam, pembelian barangan secara dalam talian, kes penipuan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) dan parcel scam.

“Punca utama mangsa terlibat dalam kes jenayah penipuan adalah disebabkan mangsa kurang pendedahan tentang modus operandi yang digunakan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Bagi kes pecah amanah jenayah pula, Wan Azharuddin berkata ia melibatkan kerugian sebanyak RM223,182 manakala kes pinjaman wang tidak berlesen merekodkan kerugian berjumlah RM142,000 sepanjang tempoh sama.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan orang awam untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai kes-kes jenayah komersial dan menasihatkan mereka supaya tidak menyerahkan maklumat peribadi termasuk akaun bank dan kad ATM (mesin juruwang automatik) kepada individu tidak dikenali bagi mengelak menjadi mangsa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian jenayah serta lain-lain maklumat boleh berhubung terus di talian hotline IPD Tapah 05-4015222 atau menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Rakan Cops di 32728 atau di balai polis berdekatan,” katanya.

PDRM siasat kes pelaburan emas babit kerugian lebih RM440,000



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker