SAMBUT ANNIVERSARY KE-5 LEBIH AWAL – SUAMI PEMALU, PUNCA MARSHA JARANG POST DI IG

Hebahkan !!!

“Kami adakan lebih awal makan malam bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang sepatutnya pada 31 Disember sebab Marsha ada penggambaran ketika itu. Dia memahami dan dia okay walaupun lagi beberapa hari ulang tahun tersebut,” demikian kata penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh.

Malam tadi, Marsha dan suaminya iaitu Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima dalam satu majlis yang diadakan lebih awal dari tarikh yang sebenar iaitu 31 Disember ini.

Menurut Marsha, 35, sambutan tersebut terpaksa diawalkan berikutan terikat dengan jadual kerja. Melihat pada video yang dikongsikan di laman Instagram, suami Marsha dilihat tersipu-sipu ketika meraikannya bersama ahli keluarganya yang lain.

Bahkan, Marsha turut mengakui sepanjang hidup bersama, dirinya kurang berkongsi gambar suaminya di Instagram. Bukan sengaja, sebaliknya kata Marsha, hal itu berikutan sifat pemalu yang ada pada suaminya sehingga bertindak memadamkan foto-foto yang sudah dimuat naiknya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Ni lah perangai dia, demi sekeping gambar, @sepol_ali pemalu sebab tu lah susah nampak dia dalam Instagram saya. Kalau post pun, kalau dia rasa tak okay, kejap lagi dia padamlah tu sewaktu saya tengah leka. Lepas tu, dia tak romantik, tengoklah, duk tepis-tepis tangan, tapi bini pula macam kucing, nak tak nak dia reda,” tuturnya.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata melayangkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut yang sudah berjaya mengharungi kehidupan berumah tangga selama lima tahun. Untuk makluman, Marsha mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Shaiful Nizam pada 31 Disember 2015.

“Yang tak romantik itulah yang selalunya paling setia. – “Laki tak romantik, tapi laki tetap sayang Marsha, syukur Alhamdulillah,” komen sebahagian pengikut.

Image_3.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: