Syed Saddiq Tunai Janji Botak Kepala

Hebahkan !!!

Syed Saddiq Gondolkan Kepala

syed saddiq

Selepas meraih kutipan melepasi RM200,000.00, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunaikan janji untuk menggondolkan rambutnya.

Dalam siaran strim langsung sebuah portal, ibu kepada Ahli Parlimen itu memulakan proses membotakkan kepala anaknya. Saddiq membuat cabaran kepada penyokongnya untuk mengumpul wang bagi memberikan komputer riba secara percuma kepada warga Muar yang berkeperluan.

syed saddiq

Terdahulu beliau ada membuat hantaran video memohon maaf kepada Tunku Mahkota Johor. Hantaran TMJ di media sosial tidak menamakan sesiapa namun dipercayai berkaitan dana untuk Anak Muda Muar yang dipelopori TMJ sendiri.

TMJ

Apapun tahniah kepada Syed Saddiq kerana berjaya menunaikan janji beliau. Tidak seperti yang pernah beliau janjikan sebelum PRU14, kini Saddiq lebih faham apa erti janji.

Leave a Reply

%d bloggers like this: