Turki terima kumpulan pertama vaksin COVID-19


Source: https://www.aa.com.tr/

30/12/2020 01:43 PM

ANKARA, 12 Dis — Sebuah pesawat membawa tiga juta dos pertama vaksin COVID-19 yang ditempah dari SinoVac Biotech China tiba di Ankara, Turki Ankara pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Beijing dengan muatan 17 kontena vaksin, mendarat di Lapangan Terbang Esenboga pada 5.44 pagi waktu tempatan (0244 GMT).

Menteri Kesihatan Fahrettin Koca mengumumkan perkara itu di akaun Twitternya dan berkata vaksinasi akan bermula selepas 14 hari ujian dijalankan.

“Sebaik ujian selesai, program vaksinasi akan dijalankan di bawah penyeliaan Direktorat Kesihatan Awam,” tambahnya.

Sebelum ini, Koca berkata Turki akan menerima 50 juta dos vaksin SinoVac dan 20 juta dos pertama bakal dihantar pada Disember dan Januari.

Menteri itu juga berkata Turki akan membeli sehingga 30 juta dos vaksin lain yang dihasilkan firma bioteknologi BioNTech yang berpangkalan di Jerman.

Buat masa ini vaksinasi tidak diwajibkan, dan Turki akan berusaha untuk meyakinkan masyarakat tentang perlunya suntikan itu.

Sehingga Selasa, Turki mencatatkan sejumlah 20,388 kematian akibat COVID-19 sementara lebih dua juta lagi pulih. Kini terdapat lebih 2.17 juta kes disahkan di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *