ALTIMET: “SEMUA LAGU MASUK, BUATLAH AJL SEMINGGU… MASIH ADA YANG TAK PUAS HATI”

Sebelum ini keputusan lagu yang layak bersaing pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 menjadi perbualan hangat dalam media sosial, sejak beberapa minggu lalu. Penyanyi Altimet, 42, tidak terkejut menyedari keputusan tersebut.

Baginya, kontroversi keputusan program pencarian lagu terbaik itu termasuk finalis yang didakwa netizen luar jangkaan, timbul setiap tahun. Dengan nada bergurau, Altimet berkata, tiada jalan penyelesaian untuk isu berkenaan, melainkan semua lagu bertanding dalam AJL.

“Di Malaysia, boleh dikatakan ada 1,000 lagu dicipta dalam tempoh setahun, jadi semua lagu masuk AJL. Buatlah AJL selama seminggu. Kemudian, apabila diumumkan pemenang, masih ada yang tidak berpuas hati kerana ia adalah atas budi bicara juri.



“Ini lumrah pertandingan, apatah lagi ia membabitkan juri profesional. Kita kena terima. Dalam pertandingan, ada menang dan kalah. Jika takut atau risau kalah, jangan masuk gelanggang, pertandingan atau perlawanan,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Altimet berkata, netizen tidak patut mempersoalkan kenapa penyanyi tertentu mempertaruhkan banyak lagu di pentas akhir. Altimet turut menegaskan AJL adalah program pertandingan yang mencari karya terbaik.



“Ini kerana penyanyi terbabit banyak mengeluarkan lagu, tidak seperti penyanyi lain yang menunda pengeluaran single berikutan COVID-19. Jadi, tidak perlulah mempersoalkannya.

“Ini bukan pertandingan persembahan, ini pertandingan penulisan lagu. Dari situ, datanglah salah faham kerana netizen ingat pertandingan populariti, ini bukan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH).

Image_3.jpg

“Sebab itulah, ada tiga pemenang, juara lagu, tempat kedua dan tempat ketiga. Kemudiannya, hadiah sampingan, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik,” ujar Altimet atau nama sebenar, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad .



Sebagai penyanyi yang pernah membawa pulang trofi Persembahan Terbaik pada AJL32 menerusi lagu Amboi, Altimet menambah, setiap individu ada pendapat sendiri, begitu juga dirinya.

“Tekaan dalam AJL kali ini, lima sahaja yang betul. Memang saya sudah jangka sebab tahun ini agak luar biasa disebabkan pandemik COVID-19. Jika tanya pendapat saya, lagu Too Phat patut masuk AJL, mungkin ada orang tak setuju.

“Tetapi daripada segi penulisan lagu hip hop, lagu mereka tidak sertai AJL adalah suatu perkara yang tidak adil. Sekurang-kurangnya, satu lagu Ahli Fiqir masuk AJL, tetapi tidak,” tuturnya.

KEPUTUSAN DIPERSOAL – AZMEER KATA AJL PERTANDINGAN UNTUK LAGU, BUKAN NYANYIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button